Kenapa Perlu Pilih Bio Rj Plus - (Susu Kambing BioManis)..? Jika anda terfikir untuk menikmati susu kambing, tidak syak lagi... Rj Plus merupakan pilihan premier yang menguntungkan.. Rj Plus ialah adunan Empat "Super Foods" di dalam Satu.. 4 in 1..Ia terdiri dari :
Estrak Royal Jelly Habbatus Sauda Estrak Stevia Susu Kambing
Rj Plus merupakan minuman kesihatan yang terulung dan yang PERTAMA DI MALAYSIA yang menggabungkan 4 unsur utama bersifat alkali yang paling diperlukan oleh badan dalam kehidupan moden masakini. Rj Plus menggabungkan Susu Kambing, Habbatus Sauda dan Gula Stevia serta diperkaya dengan Royal Jelly Al-Dahabiyah. Rj Plus menggabung 3 ciri kebaikan utama iaitukecantikan, kesihatan dan kecerdasan. Diformulasikan oleh Dr. Mohammad Hamzah, pengkaji pemakanan dan kesihatan.
ROYAL JELLY AL DAHABIYAH
Royal Jelly mengandungi sumber kolagen paling lengkap bagi memperkuat dan meremajakan sel-sel tubuh dan awet muda. Juga kandungan flavanoid dan kadar antioksida yang tinggi yang setara dengan teh hijau. Ratu Cleopatra dan Ratu Nefertiti (Ratu pada zaman purba) yang terkenal dengan kejelitaanya telah menggunakan ramuan royal jelly untuk menjaga, merawat dan mengekalkan kecantikan mereka.
Selain dari kecantikan, Royal Jelly juga merupakan pemakanan yang lengkap, terhadap hampir 100 jenis unsur yang menyebabkan ia sangat menakjubkan. Ianya mampu meringankan, memperbaiki dan menyembuhkan hampir ke semua jenis penyakit.
HABBATUS SAUDA
Habbatus Sauda adalah biji hitam yang telah digunakan ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara luas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai penyakit. RJ PLUS menggunakan Habbatus Sauda yang telah dipanggang dengan madu tanpa gula dari Syiria. Biji Habbatus Saida mengandungi crystalline nigellon dan arganine sebagai penstabil sistem imunisasi badan.
Selain itu kandungan karotinnya mampu melumpuhkan radikal bebas penyebab kanser. Jenis Habbatus Sauda yang paling baik untuk perubatan ialah yang ditanam di Syria dan di Mesir Ianya mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang membantu kesihatan dan menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai pemakanan tambahan. Bahan-bahan dalam Habbatus Sauda saling bekerjasama dalam memberi kesan holistic (holistic effect) dan menyokong antara satu sama lain dalam proses penyembuhan semulajadi.
Habbatus Sauda mengandungi Omega 3, 6, dan 9 dan merupakan nutrisi yang membantu perkembangan jaringan otak serta sangat berguna untuk meningkatkan daya ingatan, hafalan dan kecerdasan akal.
ESTRAK STEVIA
Ekstrak daun herba Stevia mempunyai kemanisan sehingga 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa tetapi ianya mempunyai 0% kalori, 0% lemak, 0% kolestrol, 0% protin, 0% toksid, 0% glukos dan 0% karbohidrat. Hasil kajian menjelaskan bahawa 1 gelas gula biasa bersamaan dengan setengah sudu ekstrak stevia dan 10gm ekstrak Stevia boleh memaniskan kira-kira 400 gelas air.
Para saintis merumuskan Stevia yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan gula dalam darah. Memandangkan Stevia tidak menghasilkan glukos maka ekstrak ini mempunyai potensi untuk menjadi anti-hiperglisemik dalam rawatan diabetes. Pengambilan Stevia yang konsisten dan kerap dalam menggantikan gula tidak akan memudaratkan memandangkan sifat stevia yang SIFAR SEGALANYA.
Penduduk di Brazil menggunakan daun stevia ini sebagai ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan merawatluka terbakar. Rakyat di Jepun 20 tahun menggunakan Stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Hampir kesemua produk makanan keluaran Jepun seperti jeruk, minuman ringan, coklat dll menggunakan ekstrak stevia sebagai pemanis semulajadi bagi menggantikan gula pasir.
SUSU KAMBING
Susu Kambing merupakan susu terbaik selepas susu ibu. Kandungan kalsium dan phosporos yang terkandung di dalam susu kambing hampir sama dengan susu ibu. Jumlah protein, vitamin A, mineral dan zat besi dalam susu kambing ternyata melebihi dari susu lembu. Susu Kambing mempunyai sifat alkali yang mampu membantu memaksimumkan penyerapan zat dalam badan dan menurunkan kadar asid dalam darah.
Juga meningkatkan daya imunisasi badan dan menyak-toksid dalam darah. Susu kambing mempunyai saiz molekul yang kecil berbanding susu lembu bagi mempercepatkan penghadaman. Mengandungi faktor bio-aktif seperti IGF-1 yang tinggi dan asid CLA (conjugated linoleac acid) sebagai agen anti kanser. Selain dari sudut kesihatan, penggunaan susu kambing yang konsisten mampu memulihkan tenaga dalaman.
Harga Satu Botol (400g)
Semenanjung : RM130
Sabah/Sarawak : RM140
|