Like dan Dapatkan Penghantaran Percuma untuk tempahan PRODUK terpilih!!

Selasa, 18 Oktober 2011

Khasiat Temulawak



Assalamualaikum..

Hari ini Az nak konsikan pula khasiat temulawak.. Temulawak ini juga merupakan herba yang terdapat di dalam kopi mahkota dewa... Az percaya, bila kita sebut sahaja temulawak, kita akan terbayang produk kecantikan... produk menghilangkan jerawat....  Ramai yang mungkin masih belum tahu khasiat sebenar Temulawak ini... Dan mungkin juga ada yang tak tahu rupa temulawak ni.. 

Az pun sebenarnya tak pernah tau rupa temulawak sehinggalah berkenalan dengan kopi mahkota dewa...Rupa temulawak sekali tengok, seperti kunyit..

ni lah rupa temulawak
Berikut adalah info tentang temulawak yg Az petik dari website bio-asli..



TEMULAWAK

Nama Tempatan: Temu lawak

Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza

Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili: Zingiberaceae

Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara


Pengenalan :

Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede"  dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.
Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.

Temulawak dan Kunyit
Disamping sebagai obat tradisional, temulawak dan kunyit di gunakan juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman, kosmetika , dan zat pewarna terutama pewarna makanan.
Bahkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman ekspot yang cukup berpotensi. Temulawak dan kunyit telah lama diketahui mengandung kandungan kimia yang mempunyai keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan minyak atsiri.
Kurkuminoid berwarna kuning . Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang khas.
Kadar kurkumin dan minyak atsiri kedua tanaman tersebut berbeda. Kandungan minyak atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7% manakala rimpang temulawak 3-12%.
Dari komposisi tersebut terlihat bahwa kandungan minyak atsiri dalam temulawak lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih banyak dalam kunyit.
Sedangkan untuk kurkuminoid, dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala temulawak 1-2%. Untuk mengekalkan kadar tersebut pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu 50-55 C, supaya tidak merusak zat aktifnya dan untuk mendapatkan warna yang baik dari kurkuminoid.
Penanaman
Pada umumnya penanaman temulawak ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran.
Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada temulawak.
Ini terbukti jumlah temulawak liar di Nusantara, sudah banyak berkurang dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka usaha penanamannya secara intensif sudah semestinya perlu dilaksanakan segera.
Demikian pula kegiatan inventarisasi, penelitian – penelitian biologi, fitokimia, farmakologi, serta teknologi penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan .
Sebagai perbandingan hasil tuai temulawak yang dilakukan  secara ala kadar, untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar, dan yang kurang subur hanya mencapai 2-3 ton sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman dilakukan dengan cukup baik, hasilnya boleh mencapai lebih dari 100,000 ton kering setahun

Kandungan Kimia

Temulawak mengandungi komponen berkhasiat, seperti  kurkuminoid & minyak atsiri (3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat, serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese & kadmium. Pati rizom temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.

Sifat & Khasiat

Rizomnya berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.

Kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.   Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.   Ubat demam( anti-pyretic)
3.   Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.   Penyakit kulit
5.   Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.   Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.   Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.   Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.   Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah.  Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.

Cara penggunaan

Diantara cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan : jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.


Temulawak dan penyembuhan Hepatitis

 
Di kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.
Secara hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan  Atlantik  kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.
Penyakit jantung koroner
Disamping sebagai obat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).
Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti peradangan, dan menurunkan tekanan darah.
Dalam menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan penelitiannya pada 5 ekor kucing percobaan dengan suntikan intravena dari temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meski mekanisma yang pasti masih belum jelas.
Penelitian Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya karena dos yang pasti belum jelas.

Temulawak & Kanser Payudara
Khasiat temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol, antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah antikanser, terutama kanser payudara.
Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
Hasil penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.
Untuk penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.
Penggunaan temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat tradisional ini.
Secara umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan serta menghambat penggumpalan darah.
Minum Rebusan Temulawak untuk Reumatik
Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang dicampur  dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.




Buat wanita di luar sana... kini ada cara yang lebih mudah untuk menikmati khasiat temulawak beserta dengan lain-lain herba lagi.. Cubalah KOPI MAHKOTA DEWA 14 DALAM 1... Sangat bagus dan banyak khasiat.. Sekotak cuma RM28.. Untuk pesanan boleh hubungi Az 010-3355361... 


Nak pesan Online... Boleh klik sini ye------>Borang pesanan 

2 comments :

  1. Assalamualaikum,
    Saya En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk Jutawan Herbs.

    Sy ada menjual herba warisan yg boleh merawat semua jenis kanser dari tahap 1 hingga tahap 4 dan juga untuk sakit lutut dan asthma. Herba warisan ini tidak mengganggu rawatan kimoterapi. Ia boleh diambil semasa rawatan hospital, malah lagi baik jika berubat bersama² supaya lebih cepat sembuh. Daun2 herba yg terpilih ini terbukti mujarab dan sukar dijumpai, malah belum ada mana2 syarikat yg mengeluarkan herba ini. Ia herba khusus merawat kanser. Fokus herba ini untuk membunuh sel-sel kanser hingga tahap akar umbi supaya kanser tidak berulang lagi. Jangan biarkan penyakit anda menghuni dlm tubuh terlalu lama. Sel kanser akan merebak ke organ-organ lain. Setiap penyakit ada penawarnya, herba bukanlah benda asing lg, jangan was-was, sejak beratus tahun herba sudah digunakan oleh nenek moyang kita. Ia penawar ciptaan tuhan. Benda semulajadi tidak akan mengganggu rawatan moden. Kita usaha merawat sehabis boleh. Tidak ada sesiapa yg boleh menetap kan utk sembuh tidak boleh bercampur-campur rawatan.

    Penawar dah ada, hubungi sy secepat mungkin .Bukan pesakit kanser juga boleh amalkan herba ini sebagai amalan harian untuk mencegah kanser. Untuk pesakit kanser pula sy akan bantu merawat sehingga sembuh dgn herba ini. Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagaimana untuk hadapi kanser, serta cara-cara utk berdepan dgn kanser. Cara menjaga pemakanan dan nasihat lain utk anda.Sy dh jumpa ramai pesakit, mungkin kita blh berkongsi pendapat bagaimana hendak merawat sampai sembuh. Ramai pesakit sy dah sembuh, anda bila lagi....? 😊

    Boleh singgah di youtube channel kami di Jutawan Herbs utk melihat testimoni kanser. Sila layari laman facebok saya JUTAWAN HERBS.

    Testimoni-Testimoni pengguna JUTAWAN HERBS

    ▪️ Kanser payudara stage 4

    Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM.
    Sekarang dah sembuh dan sihat, dulu doktor berkata dia mampu hidup setahun saja lagi. Selepas itu dia mula minum jus herba sampai sekarang, lebih 6tahun dia minum. Dia menerbitkan buku perjuangan kanser sepanjang hidupnya dengan herba. (Buku boleh order dgn sy). Dia menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, Tv1 menceritakan tentang kanser.

    BalasPadam

Lagi Cerita Best Mesti Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal

Ada Sebarang Pertanyaan?? Hubungi saya di Sini