AZ SUPERB SUCCESS

Cetakan Offset danDigital Berkualiti Tinggi...Serta Produk Kesihatan Berkualiti Tinggi

Name Card @ Business Card

Penghantaran Percuma Bagi Tempahan 1000 Keping @ 10 Kotak

Bill Book @ Buku Resit

Minimum order 10 buah

Window Sticker, Product Sticker,Label

SMS 010- 3355361 untuk quotation harga

Pelbagai Pilihan Produk

Hanya SMS 010 3355361 untuk quotation harga.

Like dan Dapatkan Penghantaran Percuma untuk tempahan PRODUK terpilih!!

Memaparkan catatan dengan label Info sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info sihat. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Disember 2011

PENDERITAAN PESAKIT Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)

Realiti & hakikat yang sungguh menyedihkan, ramai pesakit hipertensi sudah menjadi "Beg Ubat" yang perlu menelan berpuluh-puluh biji pil ubat kimia yang dikatakan boleh mengawal tekanan darah tinggi. Mereka "dipaksa" untuk mengambil ubat-ubat itu buat selama-lamanya kerana sejurus selepas mereka berhenti ambil ubat itu, tekanan darah akan melambung naik lagi.

Apa yang lebih menyedihkan adalah bilangan atau 'dosage' ubat mengawal tekanan darah tinggi yang perlu diambil itu cuma akan semakin bertambah dari tahun ke setahun. Apa logiknya? Bukankah ubat-ubat tersebut sepatutnya mengembalikan kesihatan kita? Kenapa makin kita makan, makin teruk keadaannya?

Kini dengan hanya memakai stokin VKEN ULTIMATE ENERGY anda tak perlu pikirkan "Beg Ubat" anda lagi..hubungi 010-3355361 sekarang unutk mengetahui tips untuk anda tinggalkan "BEG UBAT" anda hari ini...









Dimanakah level tekanan darah anda hari ini?...
Ayuh BERTINDAK segera kepada mereka yg Pra Hypertensi ,Hypertensi@Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1 dan Hypertensi@Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2.

VKEN mampu megembalikan tekanan darah anda kepada normal...telah terbukti BERKESAN...
 


                                             Info Lanjut Tentang STOKIN VKEN


Khamis, 24 November 2011

Peranan warna Dalam Perubatan



Tahukah kita semua, bahawa warna sebenarnya memainkan peranan dalam proses perubatan ataupun terapi.. Penggunaan warna dalam terapi perubatan dikatakan dapat membantu dalam proses penyembuhan. Menurut sumber Cik Az ambil daripada artikel dalam majalah Rapi, berikut merupakan warna dan juga fungsi- fungsinya.

Merah -  Membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Warna merah juga dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dan radang

Oren    - Merangsang semangat dan Ketenangan. Membantu mengatasi masalah berkaitan pencernaan, contoh nya seperti kejang perut dan kejang akibat haid. Untuk ibu yang menyusukan bayi, warna oren diyakini boleh merangsang kilang susu .

Kuning    - Sebagai  terapi, kuning membantu menyihatkan sistem pencernaan dan sistem saraf . Warna ini juga mampu menaikkan selera.

Hijau    -  Mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh. Pakar terapi warna sering menggunakan warna hijau sebagai perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapat kesan yang menyenangkan

Biru    - Warna biru adalah warna yang merangsang kecerdasan. Kebanyakan keluarga akan mengecat bilik untuk keluarga dengan warna biru kerana ia dapat menbantu komunikasi yang lebih berkesan.

Indigo    - Seperti warna hijau, warna indigo juga mempunyai kemampuan untuk menenangkan. Oleh sebab itu warna ini sangat disaran untuk bilik tidur kerana ia akan membantu tidur dengan lebih nyenyak

Violet    - Warna ini pula dikatakan dapat membantu untuk menceriakan serta dapat merangsang ketenangan dan relaksasi.

Semoga info ini dapat membantu kita semua meningkatkan kualiti kehidupan serta menggunakan warna sebagai cara semulajadi dalam mengurangkan masalah kesihatan.

Rabu, 23 November 2011

Gemok @ Obesiti?

Assalamualaikum
.. Dah lama pula Cik Az tak update blog ni... Harini Cik Az Nak menulis
tentang satu 
isu masalah kesihatan yang agak merisaukan Cik Az juga.. maklumlah.. Nampaknya Cik Az sedang mengalami masalah ni juga.. hehehe...

Wah boleh gelak pula Cik Az walau sebenarnya sangat gusar di saat ini...


Adakah Anda Gemok?


         
     
Eh, nampaknya ada yang mula tengok pada badan sendiri.. cuba tengok
lengan...tengok peha Erm dah tentu, yang sedang bermain di
fikiran...Bahagian perot... ye tak? hehe.. Bila sebot gemuk je, kite
mesti pegang perut.. Boncit atau tidak?




Sedikit
info yang Cik Az Baca...


 Menurut Sumber di Berita Harian pada 14/11/2011

"Kadar obesiti di Malaysia tertinggi di kalangan negara ASEAN ".

Dan Pagi tadi baca paper Kosmo Pula, iklan dari Kementerian Kesihatan tentang
isu yang sama juga... Isu ini kini juga mendapat perhatian yang meluas dari pelbagai pihak,


Adakah
isu ini tidak membimbangkan kita...Atau Mungkin Buat-buat tak bimbang
ye tak?

Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia
Tak mampu menolak kan?
Mana tak
nya... hari-hari tengok iklan makanan segera di tv.. Mana boleh
tahan... Malam ni tengok iklan, tengahari esok pakat serbu restoran makanan segera..
 


 



Terliur Pulak tengok gambar makanan ni kan..

Ok..
Berbalik Tentang masalah obesiti...



Akibat Obesiti, sebenarnya kita juga turut mengundang kepada masalah kronik
lain yg boleh mengancam nyawa kita


seperti   Diabetis,  Sakit Jantung, Kanser

  
 
Apa yang patut kita lakukan sekarang adalah langkah pencegahan awal.. Semoga
kita sentiasa sihat dan bebas dari sebarang penyakit... Nak Makan
makanan segera tu bukan lah tak boleh langsung kan.. tapi mesti lah di
kawal.. Tak lupa untuk bersenam setiap hari... Cik Az sendiri rasa da
patut mula untuk bersenam.. Terasa macam nak skipping pulak.. hai larat
lagi tak nak lompat ni..




Sebelum
Cik Az akhiri acerita hari ni.. Cik Az nak review Produk Untuk mereka
yang sakit Diabetis.. Kini anda juga boleh menikmati  gula..
ha... tapi bukan gula tebu ye.. tapi... Produk Biomanis Pemanis
semulajadi..Buat Pengetahuan pembaca, produk ini juga dapat menbantu menurunkan berat badan...Baca Info lanjut tentang Produk ok.. Mungkin Boleh suggest produk ni kepada rakan-rakan lain yang berpenyakit.. 



Khamis, 3 November 2011

Penyakit Kronik Akibat Gula Tebu

Tahukah Anda Penyakit Kronik Akibat Gula Tebu?

Darah Tinggi
Diabetis
Obesiti kerosakan Gigi
Strok
Sakit Buah Pinggang
Dan Banyak Lagi......

Ganti Penggunaan gula dalam hidup anda
Nikmati kemanisan Hidup tanpa bahaya gula
Elakkan Serangan Penyakit Kronik di atas akibat bahaya gula

dapatkan Pemanis Semulajadi..
BIOMANIS
Hari-hari Manis!!
Harga Satu Kotak (3 Botol x 20g)
Semenanjung : RM130
Sabah/Sarawak : RM140

Khamis, 27 Oktober 2011

Amalkan Kopi Mahkota Dewa Secawan Setiap Pagi


AS SALAM....SALAM SEJAHTERA...SEMOGA CERIA SELALU....SAMBIL SARAPAN, MINUMLAH KOPI MAHKOTA DEWA 14 DALAM 1...
TESTIMONI YANG BOLEH KONGSI....ADA 4 MASALAH YANG BERASA PADA PARAS TERUK

1) RESDUNG...ALAHAN PADA MAKANAN LAUT TERUTAMA BELACAN
BILA BERSIN@SELESEMA SEHINGGA HIDUNG BERDARAH...BERKUDIS

2)GASTRIK.MUDAH MUNTAH2 DAN KAKI TANGAN SEJUK...BILA LAPAR

3)MIGRANE....KERAP MAKAN UBAT TAHAN SAKIT BILA SAKIT SANGAT

4)ASTHMA ....3-4 X SEBULAN KEHOSPITAL MASUK INHALER

SETELAH AMALKAN MINUM HARI2...ALHAMDULILAH MASALAH2 YANG MEREKA
HADAPI SEMAKIN PULIH DAN BADAN JADI CERGAS DAN SEHAT...BILA SETIAP
PAGI TANPA SARAPAN...JUST MINUM KOPI MAHKOTA DEWA...SAMPAI KEPETANG
TIDAK RASA LAPAR....TIDAK LAGI GASTRIK... DAH BOLEH MAKANAN LAUT DENGAN BANYAK...MAKAN BELACAN....ASTHMA PUN DAH OK...DAN TIADA MIGRANE LAGI...X PERLU LAGI NAK MAKAN UBAT THN SAKIT
KHASIAT KOPI MAHKOTA DEWA 14 DALAM 1, BADAN SIHAT DUIT PUN DAPAT .....ANUGERAH2 PUN DAPAT...MUDAH...TIADA HAD MASA....
1 KOTAK = RM28 (20 sachets)


Kopi Pra Campuran Mahkota Dewa 14 Dalam 1,Keistimewaan dan khasiatnya adalah seperti berikut :-
* Sesuai diminum oleh semua peringkat umur
* Serta merta membuatkan anda rasa Cergas dan Aktif
* Menghindarkan penyakit yang sering rasa mengantuk
* Memberi kita tenaga 8-10 jam dgn segelas kopi sahaja
* Mengurangkan Kolestrol dan Berat badan
* Menghindarkan pertumbuhan sel kanser (Anti Kanser)
* Menlancarkan peredaran darah
* Merawat Lenguh Sendi, Buah Pinggang & Jantung
* Mencegah dan merawat penyakit Arthritis Gout
* Menambah tenaga kelakian
* Mencegah penyakit Gastrik dan sakit pinggang
* Mengatasai Pengantungan Ubat (Anti Toksid)
* Mencegah penyakit Hati, Alergi, Rheumatik, Insomnia
* Meningkat stamina dan ketahanan terhadap Selsema
* Diperkaya dengan Vitamin C, Protein, Kalsium, Magnesium & Potassium
* Dan lain lain2...



Maklumat Lanjut klik..


Ingin dapatkan Kopi Mahkota Dewa? 

Selasa, 18 Oktober 2011

Khasiat Temulawak



Assalamualaikum..

Hari ini Az nak konsikan pula khasiat temulawak.. Temulawak ini juga merupakan herba yang terdapat di dalam kopi mahkota dewa... Az percaya, bila kita sebut sahaja temulawak, kita akan terbayang produk kecantikan... produk menghilangkan jerawat....  Ramai yang mungkin masih belum tahu khasiat sebenar Temulawak ini... Dan mungkin juga ada yang tak tahu rupa temulawak ni.. 

Az pun sebenarnya tak pernah tau rupa temulawak sehinggalah berkenalan dengan kopi mahkota dewa...Rupa temulawak sekali tengok, seperti kunyit..

ni lah rupa temulawak
Berikut adalah info tentang temulawak yg Az petik dari website bio-asli..



TEMULAWAK

Nama Tempatan: Temu lawak

Nama Saintifik: curcuma xanthorrhiza

Nama Lain: Nama farmaseutikal-Rhizoma Curcuma xanthorrhizae, shu kuat keung wong (kantonis), giant curcuma, false turmeric, temu lawak, temulawak, dilaw, dilao, temu putih

Famili: Zingiberaceae

Lokasi dijumpai: India, Selatan China, Afrika dan Asia Tenggara


Pengenalan :

Temulawak (curcuma xanthorrhiza roxb) adalah tanaman asli Indonesia yang mengandungi kurkuminoid dan minyak atsiri yang berkhasiat untuk menjaga kesihatan dari berbagai penyakit. Di Jawa Barat, rimpang temulawak lebih dikenal sebagai "Koneng Gede"  dikatakan jauh lebih berkhasiat dari ginseng.
Tingkat kesesuaian persekitarannya cukup tinggi, boleh tumbuh di daerah dengan taburan hujan setinggi 1500 – 400 mm setahun, di berbagai macam jenis tanah pada ketinggian 5 – 1500 meter dari paras laut.

Tumbuhan ini hampir menyerupai kunyit, mempunyai bau yang wangi pada keseluruhan tumbuhan terutama rizomnya. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 2 meter dan biasa didapati di kawasan belukar yang tidak terlalu tebal. Bila dimakan ada sedikit rasa pahit dan manis, mengandungi sebatian volatile oil (6-11%), curcuminoids (62%) dan kanji (starch) (30-40%). Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temulawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita. Temulawak boleh di jadikan ubat, samada dalam bentuk tunggal mahupun campuran.

Temulawak dan Kunyit
Disamping sebagai obat tradisional, temulawak dan kunyit di gunakan juga untuk rempah-rempah, makanan, minuman, kosmetika , dan zat pewarna terutama pewarna makanan.
Bahkan ia boleh dijadikan sebagai salah satu tanaman ekspot yang cukup berpotensi. Temulawak dan kunyit telah lama diketahui mengandung kandungan kimia yang mempunyai keaktifan fisiologi, iaitu kurkuminoid dan minyak atsiri.
Kurkuminoid berwarna kuning . Sedangkan minyak atsiri berbau dan berasa yang khas.
Kadar kurkumin dan minyak atsiri kedua tanaman tersebut berbeda. Kandungan minyak atsiri pada rimpang kunyit adalah 2-7% manakala rimpang temulawak 3-12%.
Dari komposisi tersebut terlihat bahwa kandungan minyak atsiri dalam temulawak lebih banyak, sementara kandungan kurkumin lebih banyak dalam kunyit.
Sedangkan untuk kurkuminoid, dalam rimpang kunyit sebanyak 3-5%, manakala temulawak 1-2%. Untuk mengekalkan kadar tersebut pemanasan boleh dilakukan hanya pada suhu 50-55 C, supaya tidak merusak zat aktifnya dan untuk mendapatkan warna yang baik dari kurkuminoid.
Penanaman
Pada umumnya penanaman temulawak ketika ini masih tidak dilakukan secara besar-besaran.
Untuk memenuhi keperluan temulawak ketika ini masih bergantung kepada sumber dari hutan yang tumbuh liar. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil peristiwa tragis menghilangnya beberapa spesies jenis kayu , terjadi juga pada temulawak.
Ini terbukti jumlah temulawak liar di Nusantara, sudah banyak berkurang dibandingkan beberapa puluh tahun lalu. Maka usaha penanamannya secara intensif sudah semestinya perlu dilaksanakan segera.
Demikian pula kegiatan inventarisasi, penelitian – penelitian biologi, fitokimia, farmakologi, serta teknologi penanamannya perlu dilanjutkan dan ditingkatkan .
Sebagai perbandingan hasil tuai temulawak yang dilakukan  secara ala kadar, untuk tanah yang subur mencapai 4-5 ton sehektar, dan yang kurang subur hanya mencapai 2-3 ton sehektar. Ditanah yang subur dan penanaman dilakukan dengan cukup baik, hasilnya boleh mencapai lebih dari 100,000 ton kering setahun

Kandungan Kimia

Temulawak mengandungi komponen berkhasiat, seperti  kurkuminoid & minyak atsiri (3-12%). Pati temulawak terdiri daripada abu, protein, lemak, karbohidrat, serat kasar, kurkuminoid, kalium, natrium, kalsium, magnesium, besi, manganese & kadmium. Pati rizom temulawak dapat dikembangkan sebagai sumber karbohidrat yang digunakan untuk bahan makanan atau campuran bahan makanan.

Sifat & Khasiat

Rizomnya berbau tajam, rasanya pahit dan agak pedas. Temulawak mempunyai khasiat laktoga, kaloga, antiinflamasi, tonikum dan diuretic.

Kegunaan:

Dalam perubatan herba temulawak banyak digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti:

1.   Rheumatik dan kesakitan pada otot.
2.   Ubat demam( anti-pyretic)
3.   Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang
4.   Penyakit kulit
5.   Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang
6.   Buasir dan masalah kerengsaan pada rektum
7.   Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri. Juga merawat masalah sembelit
8.   Batuk dan demam pada kanak-kanak.
9.   Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
10. Penyakit kencing manis.
11. Gastrik dan gas berlebihan

Temulawak sangat berkesan untuk merawat penyakit liver. Dalam beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa pesakit hepatitis yang mengambil temulawak, 3 kali sehari secara berterusan selama 3 bulan, menunjukkan penurunan paras SGOT dan SGPT. SGOT dan SGPT adalah satu bentuk kaedah untuk mengukur tahap penyakit melalui ujian darah.  Temulawak mampu melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit liver yang lain.

Cara penggunaan

Diantara cara penggunaannya ialah dengan mengambil 3-9g rizomnya yang segar(kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan. Ini juga akan melancarkan penghadaman makanan. Selain itu ia juga dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan (peringatan : jangan sesekali menggunakan tumbuhan ini ketika hamil kerana ia boleh menyebabkan contraction rahim dan boleh membawa kepada keguguran janin diperingkat muda kehamilan). Kegunaan yang berlarutan (dalam masa yang panjang) mungkin akan menyebabkan ulser pada usus.


Temulawak dan penyembuhan Hepatitis

 
Di kebanyakan negara, hepatitis atau penyakit hati menduduki tempat ketiga sebagai penyebab kematian setelah penyakit infeksi dan paru-paru. Kebiasaan disebutkan virus hepatitis B, yang yang lazimnya berlaku sangat tinggi, sekitar 2,5 – 19,5% . Bahkan untuk penduduk Pulau Jawa mencapai 34,5%.
Secara hitung panjang sekitar 5% penduduk Indonesia atau sekitar 8 juta orang terinfeksi hepatitis B. Di negara lain seperti Amerika Utara dan Eropah Barat, lazimnya sekitar 0,1 – 0,5%. Kini di Pulau Raya Lautan  Atlantik  kadarnya mencecah 50% dari jumlah penduduk dilapurkan sebagai pembawa.
Penyakit jantung koroner
Disamping sebagai obat hepatitis, temulawak, terutama zat kurkuminoidnya , dapat meningkatkan kadar HDL (lipoprotein berat jenis tinggi yang berguna untuk mencegah penyakit jantung koroner).
Fungsi lainnya, dapat merangsang sekresi hempedu, pankreas, sebagai zat anti peradangan, dan menurunkan tekanan darah.
Dalam menurunkan tekanan darah, Gunster, pengkaji dari Belanda, melaporkan penelitiannya pada 5 ekor kucing percobaan dengan suntikan intravena dari temulawak sebanyak 1% yang dilarutkan dalam garam NaCl . Ternyata dapat menurunkan tekanan darah kucing tersebut, meski mekanisma yang pasti masih belum jelas.
Penelitian Gunster lainnya, temulawak dapat menyebabkan kontraksi uterus. Oleh karena itu dianjurkan agar ibu hamil berhati-hati menggunakannya karena dos yang pasti belum jelas.

Temulawak & Kanser Payudara
Khasiat temulawak lebih banyak dari ginseng. Temulawak memiliki lebih dari 100 komponen, sementara ginseng terbatas. Komponen aktif kurkuminoid dan beberapa komponen minyak atsiri berkhasiat sebagai antioksidan, antiinflamasi (antiperadangan), antibakteri, antihepatotoksik (anti liver), antikolesterol, antikanser dan anti platelet agregasi (pembekuan darah yang bisa menyebabkan stroke). Sementara salah satu komponen minyak atsiri yang dikandungnya, yakni xanthorrhizol adalah antikanser, terutama kanser payudara.
Aktiviti imunomodulator dari kurkumin (salah satu kandungan dalam kurkuminoid) juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
Hasil penelitian membuktikan temulawak tidak memiliki kesan sampingan seperti obat anti inflamasi kimia yang harganya jauh lebih mahal. Konsumsi temulawak secara rutin, juga dapat melancarkan darah sehingga baik untuk mencegah stroke.
Untuk penggunaan langsung, temulawak dapat diminum dengan cara direbus atau dijadikan jus dengan ditambahkan madu, limau nipis atau asam. Kadar yang dianjurkan adalah 2 gram temulawak, walaupun demikian penggunaan sehingga 6 gram masih dapat bermanfaat.
Penggunaan temulawak bagi sesetengah penduduk Malaysia telah diwarisi secara turun temurun. Hasilnya mereka lebih sehat. Sementara itu, penyelidikan mengenai manfaat temulawak telah banyak dilakukan. Dengan terdapatnya bukti-bukti ilmiah tersebut diharapkan dapat meningkatkan penerimaan masyarakat terhadap obat tradisional ini.
Secara umumnya manfaat temulawak dapat dibahagikan kepada tujuh bahagian, iaitu memperbaiki nafsu makan, memperbaiki fungsi pencernaan, memelihara kesehatan fungsi hati, mengurangi nyeri sendi dan tulang, menurunkan lemak darah, antioksidan dan membantu memelihara kesehatan serta menghambat penggumpalan darah.
Minum Rebusan Temulawak untuk Reumatik
Sebahagian masyarakat di Nusantara mengamalkan meminum rebusan temulawak segar yang dicampur  dengan asam jawa atau perahan limau nipis. Minuman ini mereka jadikan sebagai alternatif atau ganti kepada minuman teh.




Buat wanita di luar sana... kini ada cara yang lebih mudah untuk menikmati khasiat temulawak beserta dengan lain-lain herba lagi.. Cubalah KOPI MAHKOTA DEWA 14 DALAM 1... Sangat bagus dan banyak khasiat.. Sekotak cuma RM28.. Untuk pesanan boleh hubungi Az 010-3355361... 


Nak pesan Online... Boleh klik sini ye------>Borang pesanan 

Sabtu, 15 Oktober 2011

Buat Mereka Yang Takutkan KOPI


Kopi kurangkan murung
Oleh Mona Ahmad
bhnita@bharian.com.my
2011/09/29
Ada bukti saintifik kebaikannya terhadap kesihatan manusia
 

KOPI sering kali dianggap sebagai minuman yang kurang sihat, selain kadar kafein yang tinggi ia juga memberikan pelbagai implikasi terhadap seseorang jika pengambilannya berlebihan.Namun, ada kalanya kopi memberikan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Dengan keharuman aroma terutama ketika dihidangkan panas memang memikat.Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, Alberto Ascherio, berkata wanita yang minum empat cawan kopi sehari kurang mengalami kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita yang jarang minum kopi. 

Kafein sering digunakan sebagai rangsangan untuk sistem saraf dan pengambilan kopi menyumbang kepada 80 peratus penggunaan kafein. 

“Wanita yang minum kopi menjana tenaga dan meningkatkan kesihatan. Kesan jangka pendek ini hasil daripada pengambilan kafein,” kata Ascherio menerusi hasil kajiannya yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine. 

Beliau menjelaskan acap kali orang melihat kesan kronik jangka panjang daripada tabiat minum kopi yang ada kafein. 
Dalam kajian pasukannya terhadap lebih 50,000 wanita yang mendaftar untuk pengajian jururawat kesihatan, mendapati wanita berkenaan dengan purata usia 63 tahun, tiada seorang pun mengalami tekanan apabila mendaftar untuk pengajian itu. 

Pasukan Ascherio menilai penggunaan kopi berdasarkan data pada wanita itu selama 14 tahun bermula sejak 1976. Mereka mengklasifikasikan wanita berkenaan mengikut banyak mana kopi yang diminum diikuti tambahan 10 tahun. 

“Kami mendapati wanita berkenaan yang minum empat atau lebih cawan kopi sehari berisiko rendah dalam mendapat kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah minum kopi,” kata Ascherio. 

Pasukan itu memfokuskan khusus kepada kopi tetapi mereka turut mendapat hasil kajian yang sama apabila melihat pengambilan kafein secara keseluruhan termasuk minuman ringan yang mempunyai kafein dan coklat. 

Mereka mendapati wanita yang berada di tangga kelima dengan pengambilan kafein mempunyai risiko rendah terhadap kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita di tangga kelima di bawah. 

Pasukan itu membina jurang selama dua tahun antaranya apabila mereka mengira pengambilan kafein dan penilaian mereka untuk kemurungan bagi memastikan mereka bukan saja mengambil wanita yang terlalu tertekan untuk menjadi peminum kopi yang biasa. 

Ascherio berkata, ada beberapa kajian yang melihat kesan jangka panjang pengambilan kopi. 

Satu kajian kecil di Finland menunjukkan lelaki yang minum lebih banyak kopi kurang cuba untuk membunuh diri. 

Pasukan Ascherio turut membuktikan minum kopi yang banyak mungkin boleh melindungi wanita dan lelaki daripada penyakit Parkinson. 

Beliau berkata, masih belum jelas bagaimana kopi menghalang daripada kemurungan tetapi sudah ada beberapa petunjuk. 

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein memberi perlindungan terhadap neurotoksin tertentu dan penerima otak yang bertindak balas terhadap kafein bertumpu di sekumpul kelompok sel saraf dalam otak atau basal ganglia, kawasan yang penting untuk kemurungan dan penyakit Parkinson. 

Ascherio berkata, dos rendah rangsangan kronik penerima ini mungkin lebih berkesan. 

Beliau menekankan yang kajian tidak membuktikan yang kopi merendahkan risiko kemurungan, hanya ia mungkin mampu menghindari kemurungan dalam beberapa cara. 

Katanya, banyak lagi kajian yang diperlukan untuk menunjukkan sama ada kopi boleh digunakan untuk menghalang kemurungan. - Reuters 

APA TUNGGU LAGI !!

JOM SIHAT DENGAN 

KOPI MAHKOTA DEWA
Klik untuk Info Lanjut

Khamis, 6 Oktober 2011

Kepentingan Sarapan Pagi..

Tiba- tiba terpanggil untuk menulis tentang sarapan pula hari ini.. Pagi-pagi tadi sempat tonton Malaysia Hari Ini,.. Isu tentang sarapan pagi juga...Tambahan pula, semalam chatting  dengan seorang kenalan .. Jam 12 tengahari  masih belum mengambil sebarang makanan... Diet katanya.... Hm... teringat pula dengan info tentang kepentingan sarapan yang pernah AZ baca sebelum ni... "kalau nak diet, meninggalkan sarapan bukanlah perkara yang bijak..  "

Berkhasiat atau tidak?

Mungkin masih ramai yang tidak tahu kepentingan bersarapan serta keburukan meninggalkan sarapan... Sebelum  AZ lampirkan petikan-petikan dari sumber2 online.. AZ nak menulis sedikit tentang apa yang Az tau tentang sarapan ni... Dulu AZ juga suka tinggalkan sarapan.. nak diet lah konon.. tapi bila tiba waktu lunch... makan tak hengattttt... akibat kelaparan...tanpa sedar , amalan tersebut memberi kesan yang tidak baik.. Berbeza sekiranya kita berpuasa.. Ini kerana minda kita telah di set untuk tidak makan sepanjang hari.. Maka sistem badan kita akan turut memahaminya.. Ini berbeza sekiranya pada hari biasa... Perut kita masih belum di isi sejak awal pagi.. . tiada makanan untuk dicerna... tiada sumber tenaga.. maka dari situlah penyakit pun mula datang..
sarapan yang ringkas tetapi berkhasiat..

Kepentingan sarapan amat penting bagi mereka yang berkerja... ini bagi meningkatkan produktiviti sejak dari awal pagi kerana sumber tenaga yang dikehendaki .. Bagi pelajar juga, sarapan sangat penting untuk minda.. Kajian mendapati pelajar yang bersarapan pagi mempunyai minda yg lebih cerdas dan prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar yang tak bersarapan.. 

Mari AZ kongsikan sedikit info dari kosmo.com.my



Perkembangan minda
Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.
Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.
Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. – Bernama



Kepada teman-teman yang dah mempunyai anak... yang sedang membesar,.. yang sudah bersekolah.. Pastikan mereka mendapat sarapan yang berkhasiat di waktu pagi ye... AZ dulu time sekolah ..jarang sarapan... mak ayah pagi-pagi dah pergi kerja.. Sarapan di sekolah ajelah jam 10 pg ... tunggu loceng berbunyi.. tapi untung lah AZ dulu pengawas... dapatlah rehat lebih awal.. hehehe...






Buat mereka yang menganggap cara berdiet adalah dengan tidak bersarapan , Sebenarnya dengan bersarapan pagi yang berkhasiatlah dapat mengekalkan berat badan.Di sini AZ kongsikan petikan dari blog rahsialangsing.com..


"....Tetapi tahukah anda bahawa jika tidak mengambil sarapan pagi, berat badan akan bertambah dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.Kajian terbaru mendapati, Individu yang tidak bersarapan pagi selama 2 minggu akan mengambil makanan dengan lebih banyak di tengahari dan malam. Hasilnya kadar kolesterol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada hormon insulin akan menurun berbanding kepada mereka yang mengambil sarapan pagi.
Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat penyakit jantung.
Penelitian yang dilakukan di USA, bertujuan untukmelihat pengaruh dari kesan jika mengambil sarapan pagi dan yang tidak mengambil sarapan pagi keatas kalori yang masuk dan dibakar serta hubungannya dengan insulin, kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.
Selama dua minggu, wanita tersebut mengambil sarapan pagi yang berisi semangkuk cereal dengan susu (macam kellog cornflake la tu) dan seterusnya makan tengahari dan malam.
Setelah dua minggu, meraka tidak lagi mengambil sarapan pagi dan hanya makan di waktu tengahari. Keadaan ini berterusan selama 2 minggu.
Hasilnya menunjukkan bahawa wanita yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih rendah berbanding ketika mereka tidak bersarapan pagi.Di samping itu Kolesterol LDL lebih rendah sewaktu mereka mengambil sarapan pagi dan kepekaan kepada insulin juga lebih baik yang bermaksud risiko untuk mendapat penyakit diabetis juga menurun.
TIada penurunan berat badan di catatkan, tetapi dengan peningkatan kolesterol dan gangguan kepekaan kepada insulin, membuatkan mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari."

Dah baca??? Agak2, esok pagi nak bersarapan tak? hehehe..Amalkan Gaya hidup sihat ye... 



Lagi Cerita Best Mesti Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal

Ada Sebarang Pertanyaan?? Hubungi saya di Sini