Tahukah kita semua, bahawa warna sebenarnya memainkan peranan dalam proses perubatan ataupun terapi.. Penggunaan warna dalam terapi perubatan dikatakan dapat membantu dalam proses penyembuhan. Menurut sumber Cik Az ambil daripada artikel dalam majalah Rapi, berikut merupakan warna dan juga fungsi- fungsinya.
Merah - Membantu meningkatkan tenaga dan rangsangan. Warna merah juga dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dan radang
Oren - Merangsang semangat dan Ketenangan. Membantu mengatasi masalah berkaitan pencernaan, contoh nya seperti kejang perut dan kejang akibat haid. Untuk ibu yang menyusukan bayi, warna oren diyakini boleh merangsang kilang susu .
Kuning - Sebagai terapi, kuning membantu menyihatkan sistem pencernaan dan sistem saraf . Warna ini juga mampu menaikkan selera.
Hijau - Mampu membantu keseimbangan keseluruhan tubuh. Pakar terapi warna sering menggunakan warna hijau sebagai perangsang otak dan juga berfungsi untuk mendapat kesan yang menyenangkan
Biru - Warna biru adalah warna yang merangsang kecerdasan. Kebanyakan keluarga akan mengecat bilik untuk keluarga dengan warna biru kerana ia dapat menbantu komunikasi yang lebih berkesan.
Indigo - Seperti warna hijau, warna indigo juga mempunyai kemampuan untuk menenangkan. Oleh sebab itu warna ini sangat disaran untuk bilik tidur kerana ia akan membantu tidur dengan lebih nyenyak
Violet - Warna ini pula dikatakan dapat membantu untuk menceriakan serta dapat merangsang ketenangan dan relaksasi.
Semoga info ini dapat membantu kita semua meningkatkan kualiti kehidupan serta menggunakan warna sebagai cara semulajadi dalam mengurangkan masalah kesihatan.
0 comments :
Catat Ulasan