Like dan Dapatkan Penghantaran Percuma untuk tempahan PRODUK terpilih!!

Rabu, 5 Oktober 2011

Buah Mahkota Dewa


ASAL-USUL
Pokok Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa) berasal dari hutan belantara di Papua New Guinea. Jika tanahnya subur, ketinggiannya boleh mencapai hingga 5 meter. Buahnya berwarna merah menyala seperti epal dan boleh berbuah sepanjang tahun jika tidak diganggu oleh pencemaran aktiviti manusia.

Sudah berkurun khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk pelbagai penyakit di Indonesia, termasuklah kanser, masalah buah pinggangdarah tinggistrok,kencing maniskolesterol tinggi dan sebagainya.

Di Jawa Tengah dan Yogyakarta, tanaman ini dipanggil dengan beberapa nama terkenal Makuto Dewo, Makuto Dewo, atau Makuto Ratu. Orang Banten menyebutnya RAJA UBAT, kerana khasiatnya boleh menyembuhkan berbagai penyakit. Sementara, orang-orang dari etnik Cina menamainya PAU yang ertinya UBAT PUSAKA.
NILAI PERUBATAN
Pokok mahkota dewa telah diakui oleh universiti di Osaka Jepun dan universiti di Indonesia sebagai ubat merawat:
  • Barah (Cancer)
  • Kencing Manis (diabetes)
  • Sakit Jantung (heart problem)
  • Ghout (Inflamasi)
  • Darah Tinggi (high blood pressure)
  • Masalah jerawat (Acne/pimple problem)
Buah mahkota dewa mengandungi zat aktif seperti berikut:
i.Alkaloid
· Menyah toksin dan racun
ii.Saponin
· Anti bakteria dan anti virus
· Meningkatkan imunisasi badan
· Mengurangkan kadar gula dalam darah
· Mencegah darah beku
iii.Flavonoid * melancarkan perjalanan darah
* mencegah darah beku pada pembuluh darah
* Mengurangkan kandungan kolesterol
* Mengurangkan lemak dari melekat pada dinding pembuluh darah
* Mengurangkan kadar risiko penyakit jantung
* Anti-inflamasi (Anti-radang)
* Anti-oksidan
iv.Polifenol · Anti-histamin (anti-alergi)
Tumbuhan dengan nama saintifiknya Phaleria macrocarpa dikenali juga dengan nama simalakama (Melayu/Sumatera), Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua dan sudah terkenal berkhasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan berbagai macam penyakit antara lain seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal, jantung, berbagai macam penyakit kulit, mengatasi ketergantungan ubat, rheumatik, insomnia, Meningkatkan stamina dan ketahanan terhadap influenza.(selsema)
Buahnya berkhasiat menghilangkan gatal (antipruritus) dan antikanser. Tetapi bijinya adalah beracun.Kandungan kimia daun mahkota dewa pula mengandungi antihistamin, alkoloid, saponin dan polifenol (lignan). Manakala kulit buah mahkota dewa mengandungi alkaloid, saponin dan flavonoid.
Alkaloid berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutral racun di dalam tubuh. Polifenol, berfungsi sebagai anti-histamin (anti-alergi).
Saponin, menjadi sumber anti-bakteri dan anti-virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan vitalitis, mengurangi kadar gula dalam darah, mengurangi penggumpalan darah.
Flavanoid, melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangi kandungan kolesterol serta mengurangi penimbunan lemak pada dinding pembuluh darah,mengurangi kadar risiko penyakit jantung koroner, mengandungi anti-inflamasi (anti-radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

PERINGATAN !!!!1. Wanita mengandung ditegah daripada meminum air rebusan mahkota dewa.
2. Wanita yang menjalani rawatan barah pangkal rahim juga tidak digalakkan untuk minum air rebusan kerana kesan sampingan pendarahan selain tindakbalas haba yang memanaskan badan agak berlebihan.
3. Wanita dalam pantang bersalin dan haid, kerana sifat mahkota dewa mencairkan darah boleh melambatkan darah kering.
4. Mereka yang ada masalah skurvey, gusi akan ada berlaku pendarahan.
KAEDAH PENGGUNAAN
i.Teknik Rebusan
Rebus 20 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan tiga gelas air sampai mendidih, Kemudian tunggu sejuk, supaya semua ekstrat yang terkandung di dalam hirisan buah yang telah direbus keluar. Warna air rebusan seeloknya akan berwarna merah . Jika berwarna agak kekuningan atau lebih pucat, itu menunjukkan kandungan air adalah berlebihan, tetapi ia masih boleh diguna.

Manakala untuk rebusan daun pula, rebus 3 helai daun dengan segelas air sampai mendidih, tunggu sejuk supaya warna klorofil daun melarut ke dalam air.

ii.Teknik Rendam
Rendam 10 keping hirisan buah mahkota dewa kering dengan segelas air panas. Tunggu hingga sejuk, baru minum. Sisa buah rendaman boleh ditambah dengan air panas untuk rendaman seterusnya sehingga habis sari patinya.

iii.Waktu Minum
Waktu yang paling disyorkan untuk meminum air rebusan mahkota dewa adalah sebelah malam sebelum makan.

iv.Kekerapan MeminumBergantung kepada situasi peminum sendiri yang merasa bagaimana perubahan keadaan fizikal yang timbul kesan tindakbalas badan terhadap mahkota dewa. Jika kadar kehangatan yang timbul agak ketara, boleh rehat seketika selepas 3 atau 4 hari minum, rehat, 2 atau 3 hari, baru minum kembali.

v.Penyimpanan
Air rebusan boleh ditapis untuk disimpan sejuk di dalam peti ais untuk kegunaan seterusnya.

vi.Kesan Sampingan
Kesan sampingan yang boleh timbul akibat meminum air rebusan buah atau daun mahkota dewa buat pertama kali adalah rasa pening kepala. Ia bergantung pada kadar kepekatan air rebusan yang dibuat. Jika teramat pekat, kadar pening kepala agak ketara. Peminum harus bersabar dan bertahan kerana selepas meminum untuk kali yang kedua atau ketiga, keadaan akan menjadi stabil.


sumber:
http://mahkotadewamalaysia.webs.com/

0 comments :

Catat Ulasan

Lagi Cerita Best Mesti Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal

Ada Sebarang Pertanyaan?? Hubungi saya di Sini