Like dan Dapatkan Penghantaran Percuma untuk tempahan PRODUK terpilih!!

Sabtu, 15 Oktober 2011

Buat Mereka Yang Takutkan KOPI


Kopi kurangkan murung
Oleh Mona Ahmad
bhnita@bharian.com.my
2011/09/29
Ada bukti saintifik kebaikannya terhadap kesihatan manusia
 

KOPI sering kali dianggap sebagai minuman yang kurang sihat, selain kadar kafein yang tinggi ia juga memberikan pelbagai implikasi terhadap seseorang jika pengambilannya berlebihan.Namun, ada kalanya kopi memberikan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Dengan keharuman aroma terutama ketika dihidangkan panas memang memikat.Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, Alberto Ascherio, berkata wanita yang minum empat cawan kopi sehari kurang mengalami kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita yang jarang minum kopi. 

Kafein sering digunakan sebagai rangsangan untuk sistem saraf dan pengambilan kopi menyumbang kepada 80 peratus penggunaan kafein. 

“Wanita yang minum kopi menjana tenaga dan meningkatkan kesihatan. Kesan jangka pendek ini hasil daripada pengambilan kafein,” kata Ascherio menerusi hasil kajiannya yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine. 

Beliau menjelaskan acap kali orang melihat kesan kronik jangka panjang daripada tabiat minum kopi yang ada kafein. 
Dalam kajian pasukannya terhadap lebih 50,000 wanita yang mendaftar untuk pengajian jururawat kesihatan, mendapati wanita berkenaan dengan purata usia 63 tahun, tiada seorang pun mengalami tekanan apabila mendaftar untuk pengajian itu. 

Pasukan Ascherio menilai penggunaan kopi berdasarkan data pada wanita itu selama 14 tahun bermula sejak 1976. Mereka mengklasifikasikan wanita berkenaan mengikut banyak mana kopi yang diminum diikuti tambahan 10 tahun. 

“Kami mendapati wanita berkenaan yang minum empat atau lebih cawan kopi sehari berisiko rendah dalam mendapat kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah minum kopi,” kata Ascherio. 

Pasukan itu memfokuskan khusus kepada kopi tetapi mereka turut mendapat hasil kajian yang sama apabila melihat pengambilan kafein secara keseluruhan termasuk minuman ringan yang mempunyai kafein dan coklat. 

Mereka mendapati wanita yang berada di tangga kelima dengan pengambilan kafein mempunyai risiko rendah terhadap kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita di tangga kelima di bawah. 

Pasukan itu membina jurang selama dua tahun antaranya apabila mereka mengira pengambilan kafein dan penilaian mereka untuk kemurungan bagi memastikan mereka bukan saja mengambil wanita yang terlalu tertekan untuk menjadi peminum kopi yang biasa. 

Ascherio berkata, ada beberapa kajian yang melihat kesan jangka panjang pengambilan kopi. 

Satu kajian kecil di Finland menunjukkan lelaki yang minum lebih banyak kopi kurang cuba untuk membunuh diri. 

Pasukan Ascherio turut membuktikan minum kopi yang banyak mungkin boleh melindungi wanita dan lelaki daripada penyakit Parkinson. 

Beliau berkata, masih belum jelas bagaimana kopi menghalang daripada kemurungan tetapi sudah ada beberapa petunjuk. 

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein memberi perlindungan terhadap neurotoksin tertentu dan penerima otak yang bertindak balas terhadap kafein bertumpu di sekumpul kelompok sel saraf dalam otak atau basal ganglia, kawasan yang penting untuk kemurungan dan penyakit Parkinson. 

Ascherio berkata, dos rendah rangsangan kronik penerima ini mungkin lebih berkesan. 

Beliau menekankan yang kajian tidak membuktikan yang kopi merendahkan risiko kemurungan, hanya ia mungkin mampu menghindari kemurungan dalam beberapa cara. 

Katanya, banyak lagi kajian yang diperlukan untuk menunjukkan sama ada kopi boleh digunakan untuk menghalang kemurungan. - Reuters 

APA TUNGGU LAGI !!

JOM SIHAT DENGAN 

KOPI MAHKOTA DEWA
Klik untuk Info Lanjut

0 comments :

Catat Ulasan

Lagi Cerita Best Mesti Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal

Ada Sebarang Pertanyaan?? Hubungi saya di Sini