Pernah dengar nama lempoyang? Agak-agaknya mesti macam pernah dengar kan??? Kat mana ye? Ini kisah bukan tentang Husin lempoyang cerita P. Ramlee ye... Kali ni AZ nak kongsikan khasiat lempoyang yang merupakan antara bahan istimewa yang terdapat dalam KOPI MAHKOTA DEWA 14 Dalam 1 .
Kepada yang belum pernah tgk pokok lempoyang.. Inilah rupanya:
Pokok Lempoyang |
Pokok lempoyang ni juga dikenali dengan:
NAMA HERBA : Lempoyang
NAMA SAINTIFIK : Zingziber zerumbet
BOTANI :
Tumbuhan yang sama seperti spesies halia. Daun dan rizomnya berakar seperti halia.Tumbuh meliar di kawasan tanah pamah. Mempunyai bunga yang cantik. Ketinggian 30 – 50cm dari tanah. Membiak melalui pecahan rizom dan pecahan rumpun.
KEGUNAAN:
Mandian ibu bersalin dan dibuat ulam. Membersihkan kulit , menambah selera makan, mengubat disentri, buasir, menghilangkan cacing, buang angin, bisa-bisa badan
Sumber: linaherbs.blogspot.com
Kalau zaman sekarang.. nak mudah... nak dapatkan khasiat lempoyang, AZ cadangkan minum aje kopi MAhkota Dewa keluaran Al Jannah Global Marketing... Mudah .. Cepat Ringkas.. Sedap pula tu.. Cuba sekali pasti nak lagi.. Mari AZ kongsikan lagi penemuan terbaru penyelidik dari UPM yang telah pun menjumpai penawar bagi kanser servik iaitu Lempoyang
Lempoyang Sebagai Antikanser Serviks
KIRA-KIRA 80 peratus kes kanser serviks didiagnosis berlaku dalam kalangan penduduk di negara membangun.
Kanser serviks ialah kanser pangkal rahim yang berlaku dalam kalangan wanita disebabkan faktor genetik, pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.
Bagi kalangan wanita Malaysia pula, risiko mendapat penyakit itu ialah 19.7 per 100,000 penduduk.
Fakta itu cukup menakutkan. Lebih menggerunkan, kanser serviks adalah pembunuh wanita kedua tertinggi di negara ini selepas barah payu dara.
Rentetan daripada itu, dari semasa ke semasa, kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil inisiatif merancakkan kempen kesedaran tentang peri penting mencegahnya.
Terbaru, sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui teknologi baru rawatan mencegah kanser serviks peringkat awal.
Khasiat halia hutan
Mungkin selama ini ramai yang memandang enteng terhadap potensi halia hutan atau lempoyang tetapi penyelidik-penyelidik itu berjaya membuktikannya.
Secara asasnya, lempoyang adalah daripada spesies halia yang juga dipanggil halia hutan atau liar. Ia agak mudah ditemui kerana tumbuh liar di kawasan semak samun. Pokoknya yang mempunyai bunga cantik, menyerupai pokok bunga kantan dengan daun tirus.
Menurut ketua penyelidik kajian itu, Dr. Ahmad Bustamam Abdul dari Institut Biosains UPM, herba hutan itu mempunyai kemampuan rawatan yang sama seperti ubat antikanser komersial selain tidak membunuh sel-sel normal manusia.
“Teknologi ini selamat dan ia mempunyai kemampuan tinggi membunuh sel-sel kanser pangkal rahim serta mengurangkan komplikasi pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi,” ujarnya yang juga bertindak sebagai pensyarah dan penyelidik di Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM.
Jelas Ahmad Bustaman, bahan yang menjalani ujian pra klinikal itu terbukti mampu memberi dos terapeutik tinggi yang selamat.
“Bahan semula jadi ini mampu dikomersialkan dalam bentuk cecair (pencuci alat sulit) dan dan jenis yang dimasukkan ke dalam faraj. Ia kini berada di peringkat akhir iaitu peringkat pembangunan produk bertaraf komersial untuk tujuan pemasaran,’’ terangnya.
Salam
BalasPadam