Like dan Dapatkan Penghantaran Percuma untuk tempahan PRODUK terpilih!!

Khamis, 6 Oktober 2011

Kepentingan Sarapan Pagi..

Tiba- tiba terpanggil untuk menulis tentang sarapan pula hari ini.. Pagi-pagi tadi sempat tonton Malaysia Hari Ini,.. Isu tentang sarapan pagi juga...Tambahan pula, semalam chatting  dengan seorang kenalan .. Jam 12 tengahari  masih belum mengambil sebarang makanan... Diet katanya.... Hm... teringat pula dengan info tentang kepentingan sarapan yang pernah AZ baca sebelum ni... "kalau nak diet, meninggalkan sarapan bukanlah perkara yang bijak..  "

Berkhasiat atau tidak?

Mungkin masih ramai yang tidak tahu kepentingan bersarapan serta keburukan meninggalkan sarapan... Sebelum  AZ lampirkan petikan-petikan dari sumber2 online.. AZ nak menulis sedikit tentang apa yang Az tau tentang sarapan ni... Dulu AZ juga suka tinggalkan sarapan.. nak diet lah konon.. tapi bila tiba waktu lunch... makan tak hengattttt... akibat kelaparan...tanpa sedar , amalan tersebut memberi kesan yang tidak baik.. Berbeza sekiranya kita berpuasa.. Ini kerana minda kita telah di set untuk tidak makan sepanjang hari.. Maka sistem badan kita akan turut memahaminya.. Ini berbeza sekiranya pada hari biasa... Perut kita masih belum di isi sejak awal pagi.. . tiada makanan untuk dicerna... tiada sumber tenaga.. maka dari situlah penyakit pun mula datang..
sarapan yang ringkas tetapi berkhasiat..

Kepentingan sarapan amat penting bagi mereka yang berkerja... ini bagi meningkatkan produktiviti sejak dari awal pagi kerana sumber tenaga yang dikehendaki .. Bagi pelajar juga, sarapan sangat penting untuk minda.. Kajian mendapati pelajar yang bersarapan pagi mempunyai minda yg lebih cerdas dan prestasi akademik yang lebih baik berbanding pelajar yang tak bersarapan.. 

Mari AZ kongsikan sedikit info dari kosmo.com.my



Perkembangan minda
Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.
Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.
Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. – Bernama



Kepada teman-teman yang dah mempunyai anak... yang sedang membesar,.. yang sudah bersekolah.. Pastikan mereka mendapat sarapan yang berkhasiat di waktu pagi ye... AZ dulu time sekolah ..jarang sarapan... mak ayah pagi-pagi dah pergi kerja.. Sarapan di sekolah ajelah jam 10 pg ... tunggu loceng berbunyi.. tapi untung lah AZ dulu pengawas... dapatlah rehat lebih awal.. hehehe...






Buat mereka yang menganggap cara berdiet adalah dengan tidak bersarapan , Sebenarnya dengan bersarapan pagi yang berkhasiatlah dapat mengekalkan berat badan.Di sini AZ kongsikan petikan dari blog rahsialangsing.com..


"....Tetapi tahukah anda bahawa jika tidak mengambil sarapan pagi, berat badan akan bertambah dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.Kajian terbaru mendapati, Individu yang tidak bersarapan pagi selama 2 minggu akan mengambil makanan dengan lebih banyak di tengahari dan malam. Hasilnya kadar kolesterol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada hormon insulin akan menurun berbanding kepada mereka yang mengambil sarapan pagi.
Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat penyakit jantung.
Penelitian yang dilakukan di USA, bertujuan untukmelihat pengaruh dari kesan jika mengambil sarapan pagi dan yang tidak mengambil sarapan pagi keatas kalori yang masuk dan dibakar serta hubungannya dengan insulin, kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.
Selama dua minggu, wanita tersebut mengambil sarapan pagi yang berisi semangkuk cereal dengan susu (macam kellog cornflake la tu) dan seterusnya makan tengahari dan malam.
Setelah dua minggu, meraka tidak lagi mengambil sarapan pagi dan hanya makan di waktu tengahari. Keadaan ini berterusan selama 2 minggu.
Hasilnya menunjukkan bahawa wanita yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih rendah berbanding ketika mereka tidak bersarapan pagi.Di samping itu Kolesterol LDL lebih rendah sewaktu mereka mengambil sarapan pagi dan kepekaan kepada insulin juga lebih baik yang bermaksud risiko untuk mendapat penyakit diabetis juga menurun.
TIada penurunan berat badan di catatkan, tetapi dengan peningkatan kolesterol dan gangguan kepekaan kepada insulin, membuatkan mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari."

Dah baca??? Agak2, esok pagi nak bersarapan tak? hehehe..Amalkan Gaya hidup sihat ye... 



1 comments :

  1. alhamdulillah..thankz atas ilmu yg bermanfaat.saya pon sudah bermula bersarapan dgn nutrisi yg sihat... saya pilih herbalife!! anyone yg nak boleh laa wasap or contact saya.0196138542 - azfar :)

    BalasPadam

Lagi Cerita Best Mesti Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

apesal

Ada Sebarang Pertanyaan?? Hubungi saya di Sini